Monday, July 2, 2012

DI SINI SEGALANYA BERMULA

Bismillahhirrahmannirrahim~

Alhamdulillah, berkat dan rezeki dari Allah S.W.T, cita-cita untuk mendirikan satu asrama yang bertujuan untuk membantu walau sekelumit jasa kepada bangsa akhirnya berjaya dilaksana.

PERMULAAN

Bermula sebagai Warden dan ketua fasilitator di Asrama Genius Kaedah Mokhdar, aku mula belajar bagaimana mendidik anak-anak bangsa berumur dari 13-17 tahun. Di sini aku rasa berjaya dalam hasratku untuk membantu dan menyumbang jasa kepada bangsaku. Walaubagaimanapun, hasrat itu ibarat terhenti apabila Kaedah Mokhdar mengambil keputusan untuk menutup asrama mereka. aku kekal sebagai tenaga kerja namun hanya bekerja untuk bengkel-bengkel cuti sekolah sahaja.

Alhamdulillah, ibu bapa bekas pelajar yang tinggal di Kaedah Mokhdar yakin terhadap kebolehanku dalam membentuk dan memupuk anak-anak mereka lalu mencadangkan kepada aku untuk membuka asrama aku sendiri..dan di sini, segalanya bermula.

24 jun 2012, Dengan 10 orang pelajar, aku memulakan asramaku sendiri. aku menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat yang aku rasakan agak luas dan selesa untuk didiami oleh 10-15 orang pada satu masa. rumah ini hanya lebih kurang 500 meter sahaja dari Sekolah Menegah Taman Desa 2 dimana 8 dari 10 pelajarku belajar. Syukur kepada tuhan, semuanya berjalan lancar.

TUJUAN

1. PENDIDIKAN ANAK BANGSA
Tujuan aku untuk mendirikan asrama ini adalah di atas misiku untuk membantu dan mencurah bakti kepada bangsaku. Ramai lepasan universiti yang berkejar dan berlumba mencari kejayaan di luar namun pernahkah anda terfikir apakah sumbangan anda kepada bangsa, agama dan negara anda? aku pernah berjanji kepada diriku, aku akan mengejar kejayaan namun pada masa yang sama aku cuba untuk tidak mementingkan diri dan biarkan anak bangsaku terus hanyut dibuai kemewahan kemerdekaan yang dikecapi zaman kini.

Ketika aku di universiti Kebangsaan Malaysia dimana Universiti ini memberi kuota yang besar bagi kaum bukan melayu untuk meneruskan pelajaran, aku lihat kaum bukan melayu memonopoli jurusan-jurusan kritikal seperti jurusan sains, matematik, undang-undang dan sebagainya manakala kaum kita iaitu kaum melayu hanya mengambil jurusan biasa. di situlah bermulanya cita-citaku untuk memupuk anak bangsaku, menyedarkan mereka untuk bangun dari mimpi lena, bersama belajar untuk mengelakkan bangsaku dari ditinggalkan.

2. MEMUPUK MORAL ANAK-ANAK
kebanyakan ibu dan bapa di Malaysia bekerja untuk menampung keperluan harian yang meningkat. ini memaksa segelintir ibu bapa bekerja dan meninggalkan anak mereka di rumah. ketika mereka kecil, ibu bapa menghantar anak mereka ke TASKA kerana pada mereka, itu adalah waktu di mana anak mereka masih belum mampu untuk menjaga diri sendiri, namun apabila meningkat remaja, ibu bapa meninggalkan anak mereka bersendirian di rumah dengan anggapan anak mereka sudah mampu menjaga diri sendiri. SALAH!! ketika ini, mereka sangat rapuh dan mudah untuk dipengaruhi, jadi di sinilah waktu yang menentukan sama ada anak anda menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. 

Di asrama ini, insyaallah moral dan adab anak dapat dibentuk supaya mereka hidup dengan penuh disiplin berlandaskan budaya dan agama kita.

KHIDMAT

Khidmat yang disediakan adalah tempat tinggal dengan penjagaan 24 jam, didikan agama (sembahyang 5 waktu, hidup dengan disiplin dan membentuk sahsiah serta akhlak, pelajaran (matematik dan sains) dan cara belajar yang berkesan.


SEMOGA CITA-CITA SAYA UNTUK MEBANTU ANAK BANGSA BERJAYA BERKAT DOA DAN SOKONGAN DARI MEREKA YANG MENGENALI, INSYAALLAH~ 

No comments:

Post a Comment